Permohonan Biasiswa Cagamas RM2,000 Setiap Sem & RM500 Sebulan Dibuka

Cagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia. Cagamas menerbitkan bon dan sukuk korporat untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada para pemberi pinjaman utama.

Cagamas menawarkan program biasiswa bertujuan untuk menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai tajaan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak:

  • Tajaan Yuran Pengajian
    Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran-yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Elaun Pengajian
    Sehingga RM2,000 setiap semester bagi elaun alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan peralatan lain atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun Sara Hidup
    Sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup atau RM500 sebulan;
  • Tiada Sebarang Syarat Ikatan Perkhidmatan
    Tiada sebarang syarat ikatan perkhidmatan kepada biasiswa ini dan penerima-penerima biasiswa tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.
  • Program Induksi
    Program induksi akan diberikan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas. Ini adalah untuk memastikan para penerima biasiswa memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai Cagamas.
  • Mentoring
    Setiap penerima biasiswa Cagamas akan diberikan seorang “mentor” daripada Kumpulan Pengurusan Kanan dan Kumpulan Pengurusan yang terpilih.
Nota: Secara ringkas, program ini akan membiayai semua yuran dan elaun seperti yang tertera di atas sehingga RM20,000 setahun bagi setiap orang.

KRITERIA KELAYAKAN

Biasiswa ini akan ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga 4 tahun di dalam negara.

Notis tawaran biasiswa ini dibuka untuk permohonan daripada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak memohon dengan syarat mereka memenuhi keperluan berikut:

  • Warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun
  • Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
  • Anda mesti menjadi pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;
  • Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan;
  • Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan;
  • Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon; dan
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.

PRASYARAT & SYARAT

Senarai prasyarat termasuk:

  • Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000. Adalah menjadi syarat pemohon memberi maklumat mengenai pendapatan ibu bapa;
  • Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan Cagamas; dan
  • Penerima biasiswa perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan minimum 3.00 bagi ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) atau mencapai minimum ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

SYARAT BIASISWA BERTERUSAN

Cagamas boleh menghentikan biasiswa atau mana-mana bahagian biasiswa, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  • Tidak dapat meneruskan pengajiannya, atas sebab apa pun;
  • Gagal mencapai 3.00 bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam mana- mana semester;
  • Gagal untuk mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atau
  • Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas.

BIDANG YANG DILULUSKAN

Hanya pemohon yang mengikuti pengajian berikut sahaja akan diluluskan:

  • Perakaunan
  • Perbankan/ Perbankan Islam
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Kewangan/ Kewangan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Ekonomi/ Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Matematik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang/ Undang-undang Shariah
  • Sains Komputer/ Teknologi Informasi
  • Sumber Manusia
  • Pengurusan Risiko

Semak senarai universiti dan kolej yang diluluskan DI SINI.

CARA MOHON

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Cagamas tahun 2021 adalah pada 31 Julai 2021. Pelajar yang berminat untuk dapatkan Biasiswa Cagamas dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh buat permohonan secara atas talian dengan log masuk ke laman berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Biasiswa Cagamas, anda boleh rujuk DI SINI.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma