Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Bagi Pengajian Sarjana Muda & Pascasiswazah Dibuka

Bank Negara Malaysia komited untuk memupuk bakat muda terunggul dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang kami tawarkan. Pemegang biasiswa kami akan memperoleh pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Terkini, Bank Negara Malaysia membuka tawaran Biasiswa Sarjana Muda dan Biasiswa Pascasiswah khas untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh yang diberi secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi Biasiswa Sarjana Muda dan Biasiswa Pascasiswazah dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 11 Jun hingga 27 Jun 2021

BIASISWA SARJANA & PASCASISWAZAH BNM

Biasiswa Sarjana Muda

Biasiswa Sarjana Muda dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda.

Biasiswa Pasasiswazah

Biasiswa Pascasiswazah (peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah) dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian pascasiswazah.

PEMBIAYAAN BIASISWA

Biasiswa ini akan membiayai:

  • Yuran pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun-elaun lain yang berkaitan

SYARAT KELAYAKAN

Biasiswa Sarjana Muda

Biasiswa ini juga ditawarkan kepada penerima biasiswa prauniversiti Bank, tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Bank:

  • Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
    – STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    – Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
    – Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
    – American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah
  • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini
  • SPM: Sekurang-kurangnya lima (5) kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2021
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.

Biasiswa Pascasiswazah

  • Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Pertama (Kepujian) dari universiti tempatan/luar negara yang diiktiraf
  • SPM: Sekurang-kurangnya lima (5) kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Umur tidak melebihi 30 tahun untuk peringkat Sarjana dan 35 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah pada 1 Julai 2021
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian pascasiswazah di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.
  • Cadangan tesis yang telah diluluskan (pemohon perlu mengemukakan satu (1) halaman ringkasan cadangan tesis)

CARA MOHON

Individu yang berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hantar emel ke alamat profiling@bnm.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma