Biasiswa Baitulmal MAIWP Kepada Pelajar Yang Akan Menyambung Pengajian Ke Mesir & Jordan Tahun 2021/2022
Menunaikan amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menawarkan Biasiswa Pelajar Cemerlang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang akan menyambung pengajian ke Mesir dan Jordan.
Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan syarat-syarat yang diperlukan bagi membuat permohonan Baitulmal MAIWP.
Isi Kandungan
SYARAT UMUM PERMOHONAN BIASISWA BAITULMAL MAIWP
Berikut adalah syarat-syarat umum yang wajib pemohon penuhi untuk membuat permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP:
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.
CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Antara senarai maklumat calon yang tidak layak untuk membuat permohonan:
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation / kursus persediaan bahasa.
- Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
- Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
SYARAT MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (MESIR)
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2021/2022 di Mesir.
1.Jenis Program dan Institusi Yang Ditaja
Program dan Institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar - Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
Universiti Al-Azhar - Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah) - Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian
Universiti Al-Azhar (Uni Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)
2. Syarat Kelayakan Minima Akademik
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minima akademik berikut untuk membuat permohonan :
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar ;
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) Bahasa Melayu.
SYARAT MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (JORDAN)
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2021/2022 di Jordan
1. Jenis Program Dan Institusi Yang Ditaja
Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah
(Bahasa Arab / Usulluddin / Muamalat Perbankan Islam / Usul dan Fiqh)
Universiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-Albayt
2. Syarat Khusus ( Kelayakan Minima Akademik)
Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah ( Bahasa Arab / Usulluddin / Usul dan Fiqh ) mestilah :
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik .
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BIASISWA BAITUMAL MAIWP
Calon yang akan sambung pengajian ke Mesir & Hordan boleh mohon biasiswa yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi Google Form berikut:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan bagi yang mengikuti pengajian ke IPT Mesir dan Jordan adalah sebelum atau pada 21 Ogos 2021. Jadi, pastikan borang permohonan anda sampai ke pejabat sebelum tarikh tutup permohonan.
PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian: 03-40477600 samb. 7411/7410/7631 Unit Pembangunan Akademik – IPTL (waktu bekerja)