Tawaran Biasiswa Anak Yatim YP RM7,000 Setahun Untuk Melanjutkan Pengajian Ke IPTA

Biasiswa Anak Yatim yang diperkenalkan oleh Yayasan Pahang ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Anak Yatim bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut untuk buat permohonan:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    i)  Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang;
    ii) Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
    iii) Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM3,860 sebulan dan kebawah.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2019 seperti berikut:
    i) SPM: Minimum 5 kepujian
    ii) STPM: Minimum CGPA 2.50
    iii) STAM: Minimum Jayyid Jiddan
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran / tempat dari IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

KADAR TAJAAN

Kadar tajaan yang meliputi Yuran Pengajian dan Sara Hidup adalah sebanyak RM7,000 setahun. Untuk makluman anda, tajaan ini ditawarkan untuk pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sahaja.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) sekali dengan borang permohonan:

  • Surat Tawaran kemasukan ke IPTA
  • Kad Pengenalan dan Surat Beranak pemohon .
  • Kad Pengenalan ibu/bapa
  • Sijil Kematian ibu dan bapa
  • Keputusan peperiksaan SPM/STPM/STAM tahun 2021.
  • Penilaian kegiatan kokurikulum tahun 2021.
  • Sijil-sijil berhenti sekolah dan persekolahan serta lain-lain sijil berkaitan.

CARA MEMOHON

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang telah dibuka hari ini sehingga 9 September 2020. Untuk buat permohonan, muat turun borang permohonan tersebut:

BORANG BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG

Borang tersebut perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke Yayasan Pahang beserta dokumen-dokumen berkaitan sebelum atau pada 5 Oktober 2022. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke alamat berikut:

  • YAYASAN PAHANG
    Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
    26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
  • Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888
  • Email: ypahang@yp.org.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma