Berapa Bantuan Prihatin Anda Akan Terima Jika Anda Janda, Sedang Bekerja dan Menerima Pencen Suami

Tidak dinafikan, masih  ramai orang yang mempersoalkan pelbagai persoalan mengenai kelayakan Bantuan Prihatin Nasional ini kerana masih keliru dengan kelayakan diri sendiri. Lain orang, lain situasinya. Jadi pelbagai situasi yang berbeza membuatkan mereka sendiri keliru jenis bantuan apa yang akan mereka terima.

Baca: Dapat BRIM Tapi Tak Menerima BSH, Bagaimana Mohon BPN?

Seperti yang kita tahu, janda atau duda akan diberi bantuan isi rumah jika ada tanggungan manakala mereka akan diberi bantuan sebagai bujang jika tiada tanggungan.

Namun bagaimana pula jika seorang janda atau duda itu bekerja, berkeluarga dan menerima pencen suami? Adakah dia layak untuk menerima lebih daripada satu jenis bantuan atau pun hanya satu jenis bantuan sebagai janda/duda?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jawapannya!

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN YANG DITERIMA JIKA ANDA JANDA, BEKERJA DAN MENERIMA PENCEN SUAMI

Mungkin ramai di antara kita yang mengalami masalah kekeliruan ini. Persoalannya berapakah jumlah bantuan yang akan diterima? Persoalan ini telah dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC.

Berapa Bantuan Prihatin Anda Akan Terima Jika Anda Janda, Bekerja dan Menerima Pencen Suami

Menurut soalan Mona yang merupakan janda anak 2 yang juga pemandu e-hailing berpendapatan atas RM4001, beliau juga menerima pencen suaminya setiap bulan. Persoalannya, berapakah jumlah yang akan diterima dari bantuan BPN?

Menurut Siti, Mona akan mendapat bantuan sebanyak RM500 sebagai e-hailing, RM500 bagi pencen suami Mona, RM1000 bagi bantuan isi rumah kerana Mona mempunyai tanggungan. Jadi jumlah keseluruhan yang akan Mona terima bagi bulan April & Mei adalah RM2000.

Jelas jawapan Siti bahawa Mona berhak untuk terima 2 jenis bantuan iaitu bantuan isi rumah kerana Mona mempunyai tanggungan jadi dia tidak menerima bantuan sebagai bujang. Mona juga menerima bantuan e-hailing memandangkan Mona melakukan pekerjaan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan dengan lebih terang untuk sesiapa mempunyai masalah yang sama. Walaubagaimanapun, semua orang perlu semak status kelayakan terlebih dahulu pada 1 April 2020 di laman bsh.hasil.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma