i-Lestari & i-Sinar Bulan Mac Sudah Mula Dibayar. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Secara Online
Di laman Facebook, ramai pengguna telah menyatakan bahawa i-Lestari & i-Sinar KWSP bagi bulan Mac sudah mula dibayar bulan ini. Ramai juga yang terkejut kerana i-Lestari & i-Sinar bulan Februari telah menerima 2 kali bayaran. Nak tahu bayaran i-Lestari anda telah dimasukkan atau belum, anda boleh buat semakan secara online sahaja melalui i-Akaun.
Bukan sahaja tarikh bayaran i-Lestari, anda juga boleh semak tarikh bayaran i-Sinar melalui i-Akaun dengan mudah untuk tahu bayaran ansuran bulanan yang akan diterima. Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran simpanan Akaun 1 juga boleh mula buat permohonan i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat semakan tarikh bayaran i-Lestari bagi bulan Mac 2021.
Isi Kandungan
i-LESTARI & i-SINAR BULAN MAC SUDAH MULA DIBAYAR?
Rata-rata pengguna Facebook telah berkongsi semakan jadual pembayaran i-Lestari dan i-Sinar mereka yang telah mula dibayar sejak 19 Februari lalu.
i-Lestari
i-Sinar
CARA SEMAK TARIKH BAYARAN SECARA ONLINE
Berikut adalah panduan membuat semakan tarikh bayaran i-lestari dan i-Sinar untuk tahu tarikh duit masuk bagi bulan Mac 2021:
Semakan boleh dibuat secara online melalui i-Akaun. Bagi ahli KWSP yang masih belum ada i-Akaun, anda boleh DAFTAR i-AKAUN sekarang dengan mudah. Tarikh bayaran i-Sinar boleh disemak dengan PANDUAN SEMAKAN i-SINAR. Bagi yang nak semak tarikh bayaran bulan Mac i-Lestari, anda perlu Log Masuk i-Akaun.
Dah log masuk, pergi ke bahagian PENGELUARAN.
Pilih Sejarah Pengeluaran
Klik i-Lestari
Maklumat pembayaran i-Lestari anda akan dipaparkan.
Namun, tidak semua Ahli telah menerima bayaran masing-masing seawal 19 Februari 2021. Mungkin hanya sesetengah sahaja. Bagi yang masih belum terima bayaran bagi bulan Mac diminta untuk sabar menunggu bayaran masing-masing dibuat secara berperingkat.
Tak perlu susah-susah pergi ke bank berulang kali untuk semak duit masuk, semak sahaja melalui i-Akaun atau perbankan online seperti Maybank2u, CIMBClick, MyBSN dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!