Terkini: Bayaran i-Sinar Mulai 2 Mac Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam.
Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, KWSP telah mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula hari ini.
KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN I SINAR
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan SEBELUM 25 Februari 2021 akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula:
- Tarikh bayaran: 2 Mac 2021
Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat.
Baca: Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Secara Online
PERMOHONAN BAHARU PEMANSUHAN SYARAT
Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula:
- Tarikh permohonan: 8 Mac 2021
Permohonan adalah dibuka kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli. ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
TEMPOH SEMAKAN PERMOHONAN BAHARU
Untuk makluman anda, permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh:
- Tempoh semakan: 5 hari bekerja
Selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
PINDAAN BUTIRAN PERMOHONAN
Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli boleh diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan di laman i-Sinar Online seperti:
- Jumlah dipohon
- Maklumat bank
- Alamat
- Nombor telefon
- Mod bayaran
Rujuk: Cara Mohon i-Sinar KWSP
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.