i-Sinar: Bayaran Interim RM1000 Kepada Semua Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari
Dalam memelihara kebajikan rakyat, Perdana Menteri dalam perutusan Pakej Bantuan Khas yang memperkenalkan pakej bantuan PERMAI semalam telah mengumumkan beberapa penambahbaikan bantuan sedia ada bagi membantu rakyat.
Salah satu daripada bantuan dalam pakej PERMAI adalah bayaran interim sehingga RM1,000 kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 dalam masa terdekat ini. Bayaran ini disediakan bagi meringankan beban rakyat untuk meneruskan kehidupan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang bayaran Interim RM1,000 i-Sinar yang anda perlu tahu.
Isi Kandungan
MAKSUD PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR
Apa maksud pembayaran interim yang disediakan kepada pemohon i-Sinar kategori 2? Baca di bawah:
- Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
- Pembayaran interim sehingga RM1,000 ini akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dimohon
TARIKH PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR
Bayaran interim kepada pemohon i-Sinar kategori 2 akan dibuat bermula:
- 26 Januari 2021
Baca: i-Sinar: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan Bagi Permohonan Kategori 2. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR
Seperti yang yang dijelaskan tadi, bayaran interim adalah ditolak daripada jumlah permohonan i-Sinar kategori 2. Jadi bayaran interim kepada pemohon i-Sinar kategori 2 akan dilakukan berdasarkan jumlah permohonan.
Rujuk 2 contoh situasi berikut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan pembayaran interim i Sinar atau permohonan i-Sinar kategori 2, anda boleh terus hubungi talian i-Sinar di 03 8922 4848.