Tarikh Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP Yang Berstatus Gagal Kredit

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini yang berstatus GAGAL KREDIT akan menerima bayaran terakhir masing-masing pada bulan Disember ini. Pembayaran semula ini juga melibatkan individu yang telah mengemaskini akaun bank sebelum ini.
Pembayaran akan dibuat ke akaun masing-masing secara berperingkat. Anda boleh semak akaun bank masing-masing dari masa ke semasa.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran semula GKP.
SEMAKAN STATUS
Penerima dan pemohon GKP sebelum ini boleh buat semakan status di pautan berikut:
TARIKH PEMBAYARAN GKP
Penerima GKP yang sebelum ini dah buat semakan dan mendapati status adalah GAGAL KREDIT, anda akan menerima bayaran semula pada:
- Mulai 27 Disember 2021
Pembayaran ini juga melibatkan penerima yang telah kemaskini maklumat akaun bank pada 6 hingga 20 Disember 2021
PEMBAYARAN SEMULA GKP
Pembayaran ini melibatkan pembayaran semula program GKP bagi tahun 2021 sahaja iaitu:
- GKP Permai
- GKP 3.0
- GKP Pemerkasa+
- GKP 4.0
TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Untuk makluman anda, SEMUA penerima GKP sebelum ini telah menerima bayaran GKP 4.0 masing-masing . Bayaran GKP 4.0 dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa berikut:
- Fasa pertama: RM500
– September 2021 - Fasa kedua: RM500
– November 2021
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman gkp.hasil.gov.my atau laman Facebook rasmi LHDN.