Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

BKM Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Terakhir Bantuan Keluarga Malaysia Mengikut Kategori

Oleh Cikgu Shaari • November 10, 2022 • 4 min baca

BKM Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Terakhir Bantuan Keluarga Malaysia Mengikut Kategori
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Bila bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa pertama akan dibuat? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran terakhir BKM atau BKM Fasa 4.

BKM FASA 1: TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu 4 kali setahun melibatkan fasa pertama sehingga fasa keempat. Bayaran BKM Fasa pertama akan dibuat pada:

Isi rumah, Warga Emas dan Individu Bujang yang mempunyai akaun bank:

  • Mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 (terus dikreditkan ke akaun bank)

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak):

  • Mulai 30 Mac 2022 (melalui cawangan BSN)

Permohon rayuan akan dibuka pada:

  • Tarikh permohonan rayuan BKM: Mulai 2 Mei 2022

BKM FASA 2: TARIKH BAYARAN KEDUA BKM

BKM bagi fasa pertama telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM bagi fasa kedua adalah bermula pada:

Isi rumah, Warga Emas dan Individu Bujang yang mempunyai akaun bank:

  • Mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 (terus dikreditkan ke akaun bank)

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak):

  • Mulai 27 Jun 2022 (melalui cawangan BSN)

BKM FASA 3: TARIKH BAYARAN KETIGA BKM

BKM bagi fasa pertama dan kedua telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac dan Jun lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM bagi fasa ketiga adalah bermula pada:

  • Tarikh bayaran BKM Fasa 3: Mulai 20 September hingga 27 September 2022 secara berperingkat

Jelas Perdana Menteri, semakan status pembayaran untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. Permohonan RAYUAN dibuka buat pemohon yang tidak lulus.

BKM FASA 4: TARIKH BAYARAN TERAKHIR BKM

BKM bagi fasa pertama, kedua dan ketiga telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac, Jun dan September lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM bagi fasa terakhir adalah pada:

  • Tarikh bayaran BKM Fasa 4: Mulai 15 November 2022

Pembayaran BKM dibuat mengikut jadual berikut:

KADAR BAYARAN BKM FASA 1

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang fasa pertama adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM300
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM300
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM200
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM300

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM200

Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Kadar bayaran BKM fasa kedua adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM300
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM400
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM100
    – 1 – 2 anak: RM100
    – Anak melebihi 3: RM100
Nota: Bayaran bantuan tunai tambahan akan diberikan sebanyak sebanyak RM100 bagi setiap keluarga yang layak

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (59 tahun ke bawah)

  • TIADA BAYARAN BAGI FASA 2
Nota: Setiap golongan bujang akan terima bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM50

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (60 tahun ke atas)

  • RM150
Nota: Setiap golongan bujang akan terima bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM50

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang fasa pertama adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM800
    – 1 – 2 anak: RM800
    – Anak melebihi 3: RM900
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM600
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM600

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

KADAR BAYARAN BKM FASA 4

Kadar bayaran BKM fasa keempat adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM600
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM900
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM200
    – 1 – 2 anak: RM200
    – Anak melebihi 3: RM300

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (59 tahun ke bawah)

  • TIADA BAYARAN BAGI FASA 4

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (60 tahun ke atas)

  • TIADA BAYARAN BAGI FASA 4

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.