Kaedah Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Secara Tunai Di Kaunter BSN
Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 6 September 2021 (Isnin) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Pembayaran BKC Fasa 1 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran Bantuan Khas Covid-19 secara tunai di kaunter BSN.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN BKC SECARA TUNAI
Bagi pembayaran BKC Fasa 1 secara tunai, ia akan bermula pada:
- 6 September 2021
Semak: Jadual Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Mengikut Fasa
PEMBAYARAN SECARA TUNAI
Pembayaran BKC secara tunai adalah kepada penerima lulus yang:
- Tidak mempunyai akaun bank
- Akaun bank tidak aktif
- Gagal kredit
- Dan sebagainya
Pemohon diminta untuk buat semakan status permohonan terlebih dahulu untuk ketahui kaedah bayaran. Hanya penerima yang tiada akaun bank/ akaun bank tidak aktif/ gagal kredit sahaja akan terima bayaran secara tunai. Buat semakan di sini:
KAEDAH BAYARAN BKC TUNAI DI BSN
Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa:
- Kad Pengenalan
Bawa ketika hadir ke cawangan BSN berdekatan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1. Rujuk laman sesawang BKC untuk maklumat lanjut.
Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter cawangan BSN.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300 88 1900.