Panduan Bayar Zakat Fitrah Guna Shopee Dengan Mudah & Terima 100 Shopee Coins
Majlis Agama Islam di beberapa negeri telah memperkenalkan medium baharu bagi pembayaran zakat iaitu melalui aplikasi Shopee. Lebih mudahlah untuk umat Islam di beberapa negeri melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat selepas ini!
Pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang Shopee ini seiring dengan perkembangan terkini yang mana masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kaedah pembayaran zakat melalui Shopee.
Isi Kandungan
PUSAT ZAKAT YANG DISOKONG
Buat masa ini, pembayaran zakat fitrah melalui aplikasi Shopee hanya menyokong pusat zakat berikut:
- Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)
- Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPK)
- Zakat Sabah (MUIS)
KADAR ZAKAT FITRAH
Kadar zakat fitrah adalah berbeza mengikut negeri. Anda boleh semak kadar zakat fitrah yang perlu dibayar tahun ini di pautan berikut:
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA SHOPEE
Berikut adalah panduan membuat pembayaran zakat fitrah menggunakan Shopee:
- Buka aplikasi Shopee di telefon pintar anda
- Klik Deals, Top Up & Bills
- Klik Zakat Fitrah
- Pilih pusat zakat negeri anda
- Pilih kadar zakat yang dikenakan dan pilih jumlah ahli keluarga yang ingin dibayar
- Klik Continue
- Masukkan maklumat diminta sehingga selesai dan klik Continue
- Buat pembayaran seperti biasa
Setelah selesai, anda boleh memuat turun resit pembayaran zakat anda yang dipaparkan. Mudah kan? Anda akan terima 100 Shopee Coins setelah membuat bayaran zakat fitrah di Shopee.
Semoga bermanfaat!