Indah Water Konsortium: Selesaikan Bil IWK Dan Berpeluang Menerima RM5,000 Dalam Peraduan Bayar & Menang
Masih ramai pelanggan Indah Water Konsortium (IWK) sebenarnya mengamalkan sikap bertangguh membayar bil pembentungan dan ada yang langsung tidak menjelaskannya untuk tempoh panjang sehingga berbelas tahun.
Bila sudah berbelas tahun tidak bayar, tunggakan menjadi semakin banyak dan semakin susah nak bayar. Jadi dalam menggalakkan pengguna membayar bil IWK, pihak IWK telah melaksanakan satu Peraduan Bayar dan Menang.
Isi Kandungan
PERADUAN BAYAR DAN MENANG IWK
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM5,000 bagi menggantikan pakej percutian kepada pemenang Peraduan Bayar dan Menang. Tahun sebelumnya, IWK menawarkan percutian ke luar negara namun menukarkan hadiah dalam bentuk wang tunai.
Hadiah kali ini selari dengan perkembangan semasa berikutan penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pertandingan tersebut melibatkan dua pusingan yang berlangsung pada 1 Mac hingga 31 Disember ini dengan pusingan pertama bermula pada 1 Mac hingga 30 Jun 2020, manakala pusingan kedua pada 1 Julai hingga 31 Disember 2020.
TAWARAN HADIAH
Pada masa sama, 600 pelanggan bertuah yang membuat pendaftaran baharu bagi e-bil mulai 1 Julai hingga 31 Disember ini berpeluang menang baucar Tesco bernilai RM50 setiap seorang.
CARA SERTAI PERADUAN BAYAR DAN MENANG
Pelanggan boleh menyertai peraduan tersebut dengan menyelesaikan bil perkhidmatan pembentungan tertunggak sebelum tarikh tutup penyertaan dan mendaftar perkhidmatan e-bil IWK. Peserta perlu mengisi borang penyertaan secara online di laman web IWK Bayar & Menang.
KEMUDAHAN UNTUK MEMBAYAR BIL IWK
Bagi memudahkan pelanggan membayar bil IWK, pihak IWK telah menyediakan pelbagai kemudahan iaitu:
- Bayar di 7-Eleven
- Melalui Razer Pay
- Perbankan Online
- Kaunter Pembayaran IWK
- E-Wallet
Tawaran hadiah kepada pelanggan IWK merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan untuk menggalakkan pelanggan turut sama menjaga alam sekitar dengan membayar bil IWK. Dengan inisiatif yang dilaksanakan ini, diharap mendapat sokongan pelanggan untuk membayar bil IWK kerana caj pembetungan IWK dalam negara adalah antara yang terendah di dunia.
Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan semangat untuk anda sebagai pengguna membayar bil IWK yang tertunggak dalam masa yang sama berpeluang untuk memenangi RM5,000 secara tunai dalam peraduan ini. Siapa sangka jika rezeki anda ada di sini. Selamat maju jaya!
Untuk maklumat lanjut, layari pautan berikut: