Cara Semak & Bayar Cukai Tanah Secara Online Dengan Mudah Tanpa Ke Kaunter

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa.

Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang telah ditetapkan. Dengan kemudahan yang ada kini, tahu tak orang ramai boleh buat pembayaran cukai tanah secara online sahaja dengan lebih mudah? Dah tak perlu susah-susah ke kaunter lagi!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat semakan dan pembayaran cukai tanah secara online dengan mudah tanpa ke kaunter.

KAEDAH BAYARAN CUKAI TANAH

Untuk makluman anda, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk buat pembayaran cukai tanah di setiap negeri, iaitu:

  • Kaunter hasil Pejabat Pengarah dan Galian Negeri
  • Kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah Daerah
  • Kaunter hasil cukai tanah di UTC
  • Pembayaran secara online

BIL CUKAI TANAH

Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:

  • Resit lama hakmilik
  • Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/ Bandar/ Pekan
  • Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

Nama dan alamat di atas Bil adalah untuk tujuan urusan surat menyurat sahaja. Nama-nama Tuan Punya Tanah berdaftar masih dirujuk pada surat Hakmilik.

CARA BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE

Buat apa nak susah-susah ke kaunter kalau pembayaran boleh dibuat di rumah sahaja secara online kan? Pembayaran cukai tanah secara online adalah melalui laman yang berbeza bagi setiap negeri. Jangan tersalah pula ya!

Berikut adalah pautan untuk buat pembayaran cukai tanah secara online bagi setiap negeri:

Sila tunjukkan Resit Pembayaran tahun lepas atau Surat Hakmilik/Geran sahaja untuk semakan. Resit Pembayaran Cukai ini perlu ditunjukkan untuk sebarang urusniaga berkaitan dengan hakmilik tersebut.

Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. Bayaran ansuran hanya akan diberikan kepada pembayar cukai yang dirasakan perlu oleh Pentadbir Tanah berdasarkan alasan yang munasabah.

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma