Cara Bayar Bil Astro Secara Online Atau SMS Dengan Mudah, Tak Perlu Ke Kaunter

Ada lagi ke yang tak tahu kemudahan bayaran bil Astro secara online atau SMS dan masih pergi ke kaunter untuk buat pembayaran bil bulanan Astro? Jangan buang masa dan tenaga anda lagi, anda kini ada kemudahan bayar bil Astro secara online atau SMS sahaja! Lebih mudah, tak perlu beratur panjang atau buang masa lagi.

Pembayaran bil Astro secara online boleh dibuat melalui JomPAY perbankan internet, pembayaran bil Astro melalui SMS boleh dibuat menggunakan nombor PIN yang didaftarkan. Anda hanya perlu hantar SMS ke nombor dinyatakan sahaja, siap urusan anda!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan bayar bil Astro secara online dan melalui SMS dengan mudah.

BILLER CODE JOMPAY ASTRO

Untuk buat pembayaran secara online melalui JomPAY, anda mestilah masukkan biller code JomPAY Astro. Berikut adalah biller code bagi Astro:

  • Biller Code Astro: 9639

Jika anda nak buat bayaran bil-bil lain menggunakan JomPAY, anda boleh dapatkan biller code bagi jenis bil yang anda hendak buat bayaran melalui laman https://jompay.com.my/.

CARA BAYAR BIL ASTRO SECARA ONLINE & SMS

Berikut adalah panduan buat bayaran bil astro bulanan secara online & SMS:

Bayar Bil Astro Secara Online

Bayaran Bil Astro secara online boleh dibuat bila-bila masa sahaja melalui perbankan internet. Terkini semua perbankan online menggunakan perkhidmatan JomPay.  Untuk membuat bayaran melalui JomPAY, anda perlu tahu Biller Code dan Ref-1 yang tertera di bahagian kanan bil Astro anda.

Berikut adalah panduan bayar bil Astro secara online:

  1. Log masuk CIMBClicks/ Maybank2u/ perbankan internet yang anda gunakan
  2. Klik Pay & Transfer
  3. Klik pada JomPAY
  4. Masukkan kod JomPAY
    – Biller Code: 9630
    – Ref-1: Nombor akaun yang tertera pada bahagian kanan bil Astro anda
  5. Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
  6. Klik Make Payment
  7. Request TAC dan masukkan TAC
  8. Proceded to payment

Bayar Bil Astro Melalui SMS

Berikut adalah panduan bayar bil Astro melalui SMS:

  1. Sekiranya anda pengguna kali pertama, pastikan anda daftar dahulu di pautan https://selfservice.astro.com.my untuk mendapatkan PIN.
  2. Selesai daftar anda hanya perlu hantar SMS seperti berikut:
    ASTRO<space>PYMT<space>10 digit Nombor Akaun Astro<Space> PIN nombor<space>Payment Amount
  3. Hantarkan SMS ke nombor 66688
  4. Maklumat berjaya akan dihantar melalui SMS

Siap! Mudah kan kemudahan yang ada sekarang? Kenapa nak beratur dan buang masa pergi ke kaunter semata-mata nak bayar bil bulanan? Jangan lupa kongsikan perkongsian ini kepada kenalan anda bagi memudahkan urusan orang ramai.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Paling Mudah Terminate Langganan Astro Tanpa Call Atau Pergi Ke Kaunter

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma