Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM75 Untuk Pembelian Insurans/ Takaful Motor

Semua orang berhak mendapatkan perlindungan Perlindungan Tenang ialah inisiatif kebangsaan untuk menyediakan pelan insurans dan Takaful yang mampu dan mudah supaya anda boleh melindungi orang tersayang tanpa mengira keadaan kewangan anda.

Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ditawarkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Baucar Perlindungan Tenang untuk Belia yang baru diperkenalkan.

PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Baucar RM50

Pada tahun 2021, baucar RM50 telah diperuntukkan kepada penerima BPR yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang berlesen.

Rujuk: Semakan Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang RM50

Baucar RM75

Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 akan diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.

Penerima BKM yang layak juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah dibawah Fasa 2 Program PTV RM75 ini. Butiran lanjut untuk pelaksanaan Fasa 2 akan diumumkan kelak.

SYARAT KELAYAKAN

Baucar Perlindungan Tenang ditawarkan kepada belia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Individu Bujang B40
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Berumur 21 tahun dan ke atas

Rujuk: Semakan Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang RM50 Penerima BKM

SEMAKAN KELAYAKAN

Semakan kelayakan bagi Baucar Perlindungan Tenang Untuk Belia boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Secara dalam talian menerusi Laman Web MyPTV
  • Melalui cawangan yang menawarkan Produk Perlindungan Tenang

KAEDAH PENEBUSAN BAUCAR

Penebusan Baucar Perlindungan Tenang Untuk Belia boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

  • Secara dalam talian menerusi Laman Web MyPTV
  • Melalui cawangan yang menawarkan Produk Perlindungan Tenang

Untuk maklumat lanjut berkenaan Baucar Perlindungan Tenang yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman web www.mycoverage.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma