PRE Ihsan 3.0: Cara Mohon E-Baucar Makanan KFC RM20 Khas Untuk Mahasiswa

Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan sebelum ini.

Terdapat 2 fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 iaitu Pemerkasaan Pengurusan Pandemik dan Pengukuhan Bantuan Keselamatan Sosial. Pelbagai jenis bantuan melalui PRE Ihsan Johor 3.0 akan disalurkan kepada rakyat Johor.

Salah satu bantuan yang disebutkan adalah sebanyak 100,000 baucar KFC bernilai RM20 juga akan diberikan kepada golongan yang terkesan.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan e-baucar makanan KFC adalah terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat berikut:

  • Khas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermastautin di Negeri Johor
  • Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40
  • Semua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan E-Baucar KFC boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 31 Julai 2021

CARA MOHON

Mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon e-baucar yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan BORANG PERMOHONAN E-BAUCAR KFC PRE 3.0
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diminta
  3. Dah lengkap, klik SUBMIT untuk hantar permohonan
    PRE Ihsan 3.0: Cara Mohon E-Baucar Makanan KFC RM20 Khas Untuk Mahasiswa

Sila lengkapkan maklumat dengan teliti dan hantarkan borang tersebut sebelum tarikh akhir iaitu 31 Julai 2021. Pengumpulan data ini adalah antara usaha membantu mahasiswa Johor yang terkesan akibat Covid-19. Segala maklumat sulit dan hanya untuk kegunaan Kerajaan Negeri Johor.

PRE Ihsan 3.0: Cara Mohon E-Baucar Makanan KFC RM20 Khas Untuk Mahasiswa

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma