Permohonan Bantuan Zakat Komputer Riba & Yuran Pengajian Pelajar UMK Kini Dibuka
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti membuka permohonan Bantuan Zakat Komputer Riba dan Yuran Pengajian kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kategori asnaf bagi tahun 2021.
Pelajar yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian dan hadiri sesi temuduga yang telah ditetapkan. Pelajar UMK yang terlibat dalam bencana banjir juga boleh memohon Bantuan Musibah UMK.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Pelajar yang layak memohon adalah dalam kategori:
- Pelajar prasiswazah UMK
- Pendapatan isi rumah RM3,800 ke bawah
- Terbuka kepada pelajar Muslim
CARA MEMOHON
Permohonan kini dibuka sehingga 26 Januari 2021. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:
Pelajar yang terpilih akan dihubungi untuk menghadiri sesi temuduga. Hanya pelajar yang betul-betul layak sahaja akan dipertimbangkan untuk penerimaan bantuan seperti yang ditawarkan.