Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku •Perkongsian Panel Temuduga SPP 2026: Ini Teguran Penting Untuk Calon Guru Sebelum Masuk Bilik Temuduga •Syarat Simpanan RM15,000 Tabung Haji 2026: Ini Maksud Sebenar Untuk Bakal Jemaah •Kenapa Kami Perlu Ambil Anda Bekerja Di Sini? Ini Cara Jawab Yang Betul Dalam Temuduga •Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) • Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku •Perkongsian Panel Temuduga SPP 2026: Ini Teguran Penting Untuk Calon Guru Sebelum Masuk Bilik Temuduga •Syarat Simpanan RM15,000 Tabung Haji 2026: Ini Maksud Sebenar Untuk Bakal Jemaah •Kenapa Kami Perlu Ambil Anda Bekerja Di Sini? Ini Cara Jawab Yang Betul Dalam Temuduga •Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •

Permohonan Bantuan Zakat Maybank Islamic Berhad Dibuka Buat Pelajar Pengajian Luar Negara

Oleh Cikgu Shaari • December 21, 2021 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Zakat Maybank Islamic Berhad Dibuka Buat Pelajar Pengajian Luar Negara
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sukacita dimaklumkan Maybank Islamic Berhad (MIB) berhasrat menyalurkan dana zakat kepada pelajar-pelajar asnaf yang layak bagi meringankan bebanan mereka sepanjang menuntut di luar negara. Mulai tahun 2021, permohonan zakat MIB bagi para pelajar Malaysia di Timur Tengah akan diselaraskan melalui Education Malaysia Egypt.

Pelajar yang berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan segera dengan mengisi borang permohonan selewat-lewatnya pada 23 Disember 2021 jam 12 tengah hari (waktu Mesir).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pelajar sedang melanjutkan pengajian Sarjana Muda di Timur Tengah.
  • Bidang pengajian adalah Pengajian Islam (keutamaan) / Perubatan / Pergigian / Farmasi.
  • Berada dalam tahun 1, 2 dan 3 pengajian (bukan tahun akhir pengajian).
  • Tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa daripada agensi penaja seperti Majlis Agama Islam Negeri / JPA / MARA dan lain-lain.
  • Pendapatan ibu bapa adalah sekitar RM5,000 sebulan.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama senarai dokumen berikut yang disahkan benar oleh Pegawai Kumpulan 1 Pengurusan dan Profesional:

  • Salinan kad pengenalan pelajar.
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga pelajar.
  • Salinan sijil cerai / sijil mati (jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga. Jika ibu bapa / penjaga tidak bekerja, sila kemukakan “surat pengesahan tidak bekerja” daripada Ketua Kampung / Imam.
  • Salinan penyata bank terkini / nombor akaun bank.
  • Salinan surat tawaran belajar.
  • Salinan keputusan akademik terkini (Bahasa Arab/ Melayu/ Inggeris).
  • Surat Pengesahan Pelajar oleh EME.
    – Sila mohon melalui link: http://bit.ly/eme-pengesahan (tulis nama agensi penerima: Maybank Islamic)

CARA MEMOHON

Pelajar yang memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Muat turun borang permohonan yang disediakan di bawah dan lengkapkan dengan mengisi butiran menggunakan HURUF BESAR, tulisan terang dan jelas.

BORANG PERMOHONAN ZAKAT MAYBANK ISLAMIC

Imbas borang permohonan yang lengkap diisi dan semua dokumen yang telah lengkap dan email kepada EME di alamat berikut:

  • admin@emegypt.net

Tajuk email: Zakat Maybank <Nama Penuh Pelajar>

Pelajar yang mempunyai masalah untuk email dokumen, boleh serahkan dokumen hardcopy di Kaunter EME pada hari bekerja Ahad hingga Khamis mulai jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Pemberian zakat ini adalah secara one-off setiap tahun bagi pelajar yang layak.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.