Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Cara Mohon Bantuan Khas Zakat LZNK RM300 Untuk Setiap Keluarga Terjejas

Oleh Cikgu Shaari • July 19, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Khas Zakat LZNK RM300 Untuk Setiap Keluarga Terjejas
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini membuka permohonan agihan zakat khas buat setiap keluarga yang terjejas dari segi pendapatan akibat daripada Covid-19. Ketua isi rumah yang layak boleh buat permohonan melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat selewat-lewatnya 7 Ogos 2021.

Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan zakat yang ditawarkan.

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak:

  • RM300

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 18 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malsyia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan COvid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM2,000 sebulan (Gaji kasar)
  • Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan
  • Bukan penerima bantuan kewangan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

KAEDAH MENGISI PERMOHONAN

Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama keluarga atau waris pemohon bagi yang masing berada di bawah tanggungan seperti di kategori berikut:

  • Suami: Jika berkahwin
  • Isteri: Jika bercerai
  • Isteri: Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
  • Anak: Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit

Permohonan hendaklah melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan berikut:

DOKUMEN SOKONGAN

Hanya permohonan yang lengkap bersama semua dokumen berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Kad Pengenalan pemohon sahaja (depan dan belakang).
  • Sijil nikah/surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  • Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang tidak bekerja atau tiada slip gaji, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  • Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  • Bukti Bermastautin Pemohon: Bil Elektrik/Air/Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
  • Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan (jika ada).
  • Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.

TALIAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat, sila hubungi talian berikut:

  • Ibu Pejabat: 019-4181740
  • Baling: 04-470 2428/013-4529155
  • Bandar Baharu: 04-407 9670/019-4738255
  • Kota Setar: 04-731 8005/019-5739155
  • Kubang Pasu: 04-917 1561/019-4967255
  • Kuala Muda: 04-441 1881/019-4122155
  • Kulim: 04-490 0873/019-5732155
  • Langkawi: 04-966 0179/019-4753155
  • Padang Terap: 04-786 6239/019-5172155
  • Pendang: 04-759 4515/019- 4123155
  • Pokok Sena: 04-782 1513/019-518 6155
  • Sik: 04-469 5895/019-4104255
  • Yan: 04-468 3482/019-4804155

Cara Mohon Bantuan Agihan Khas Zakat LZNK RM300 Untuk Setiap Keluarga Terjejas

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.