MAIWP-Insani: Bayaran Bantuan Zakat Khas RM500 Buat Asnaf

Berita baik buat asnaf di Wilayah Persekutuan! Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memaklumkan setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan akan dapat Bantuan Zakat Khas bawah Program “MAIWP – Insani” bagi menangani bebanan kewangan asnaf kesan daripada inflasi negara.

Bayaran bantuan khas ini akan dikreditkan secara berperingkat kepada 30,200 penerima Bantuan Kewangan Bulanan di bawah MAIWP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani dan tarikh bayaran bantuan kepada asnaf yang berkelayakan.

KADAR BAYARAN MAIWP-INSANI

Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani adalah sebanyak:

  • RM500

TARIKH BAYARAN BANTUAN ZAKAT KHAS MAIWP INSANI

Setiap penerima yang layak meenrima bantuan khas ini akan menerima bayaran bantuan zakat khas MAIWP INSANI pada:

  • Fasa 1 (RM250): Mulai 19 Ogos 2022
  • Fasa 2 (RM250): Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan dikreditkan secara berperingkat pada tarikh dinyatakan kepada 30,200 yang berkelayakan seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Maklumat lanjut berkenaan bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan dimaklumkan kemudian sekiranya terdapat makluman terbaru dari MAIWP.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma