Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 3.0 Sebanyak RM500 Setiap Orang

Prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Kecemasan. Memandangkan PKP dilanjutkan lagi, MAIWP meneruskan program Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 bagi membantu orang ramai yang memerlukan.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan PKP akibat penularan wabak COVID-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Zakat kecemasan MAIWP.

KADAR BANTUAN

Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM500 seorang

OBJEKTIF BANTUAN

Antara objektif bantuan diberikan adalah untuk:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0:

  • Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitumal MAIWP
  • Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0
Nota: Bagi penerima bantuan kecemasan 2.0 bantuan akan disalurkan secara AUTOMATIK.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 15 Jun hingga 30 Jun 2021

CARA MOHON

MAIWP telah membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan secara dalam talian mulai sehingga 30 Jun 2021. Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, mohon sekarang di pautan berikut:

Individu yang belum pernah memohon zakat MAIWP melalui laman permohonan tersebut perlu mendaftar sebagai Pengguna Baru. Anda perlu mengisi maklumat dan memuatnaik semula dokumen yang diperlukan.

Bantuan akan disalurkan secara berperingkat mulai 15 Jun hingga 15 Julai 2021.

Mohon aBantuan Zakat Kecemasan Musaadah Covid-19 Sebanyak RM500 Setiap Orang

TAMBAHAN RM300 PENERIMA BANTUAN BULANAN

Semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP akan menerima bantuan khas tambahan berjumlah:

  • RM300 seorang

Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Musaadah Covid-19 Sebanyak RM500 Setiap Orang

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
  • 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
  • 013 – 8516066 (Labuan)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma