Info

Permohonan Bantuan RM300 We Care Untuk Rakyat Sabah B40 Di Semenanjung Di Buka

April 13, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Permohonan Bantuan RM300 We Care Untuk Rakyat Sabah B40 Di Semenanjung Di Buka

Bantuan Khas We Care B40 khusus buat rakyat negeri Sabah kini dibuka bagi warga negeri Sabah dalam golongan B40 yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan B40 yang terjejas bagi mengurangkan beban mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) yang bakal berakhir pada 28 April 2020.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia dengan jumlah bantuan sebanyak RM300 secara one-off.

Berikut adalah senarai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi:

  • Pendapatan isi rumah dibawah RM4,360
  • Anak Sabah yang bekerja di Semananjung Malaysia
  • Golongan B40

CARA MEMOHON

Warga Sabah yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web wecare.sabah.

Buka laman web berikut dan lengkapkan maklumat permohonan seperti di bawah:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Akaun Bank
  • Pengesahan Maklumat

Setelah selesai lengkapkan borang permohonan, klik butang ‘‘Simpan dan Teruskan Permohonan”. Semakan status permohonan dan semakan pembayaran boleh dilakukan dari semasa ke semasa di laman web wecare.sabah.

Permohonan Bantuan RM300 We Care Untuk Rakyat Sabah B40 Di Semenanjung Di Buka

Topik artikel ini
Info Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda