Semakan & Permohonan

Anggun Niaga: Tawaran Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Kini Dibuka

January 20, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Berita baik untuk ibu tunggal di Negeri Pahang! MPWP melalui program Anggun Niaga mempelawa ibu tunggal di Pahang mohon Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal yang ditawarkan. Penawaran bantuan ini adalah terhad kepada 280 orang ibu tunggal yang berkelayakan sahaja.

Bagi yang berminat, pastikan anda isi permohonan secara atas talian melalui pautan yang disediakan. Calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk sesi temuduga bagi menilai kelayakan menerima bantuan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Anggun Niaga dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 28 Januari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan dibuka kepada ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 – 25 tahun
  • Ibu tunggal semasa memohon
  • Telah menjalankan perniagaan
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan untuk memulakan perniagaan, anda boleh hantar permohonan sekarang secara online melalui pautan berikut:

Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa 1 bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda