Tawaran Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Terbuka Buat Pelajar Asasi, Pascasiswazah & Prasiswazah

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 2 Sesi 2021/2022 dibuka mulai 28 Mac 2022 sehingga 7 Julai 2022. Bagi pelajar yang telah lulus pada Semester 1 Sesi 2021/2022, bayaran akan diterima secara automatik dan tarikh bayaran akan dimaklumkan kemudian (tidak perlu permohonan baru)

Permohonan bagi pelajar yang layak boleh dibuat secara atas talian melalui laman Zakat UKM. Pelajar yang berkelayakan akan dipanggil untuk sesi temuduga. Bantuan Umum Pelajaran diberikan bagi pelajar membiayai yuran dan sara hidup.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan Bantuan Umum Pelajaran Zakat UKM.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Bantuan Umum Pelajaran (BUP) adalah terbuka kepada pelajar yang memenugi syarat kelayakan berikut:

  • Islam
  • Pelajar sepenuh masa
  • Telah mendaftar semester
  • Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah & Pascasiswazah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk buat permohonan adalah:

  • Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja. (Borang Pendapatan dilampiran)
    *Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.
  • Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online.

CARA MOHON

Permohonan Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 2 Sesi 2021/2022 dibuka mulai 28 Mac 2022 sehingga 7 Julai 2022. Bagi pelajar yang layak, permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Bagi pelajar yang telah lulus pada Semester 1 Sesi 2021/2022, bayaran akan diterima secara automatik dan tarikh bayaran akan dimaklumkan kemudian (tidak perlu permohonan baru)

PANDUAN TEMUDUGA

Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga). Pilihan JADUAL TEMUDUGA hanya pilih (Kampus Bangi sahaja)

  1. Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih. (secara panggilan telefon)
  2. Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.

MAKSUD STATUS

  • Jika status “Disokong/ Permohonan disokong urusetia dan dibawa untuk penilaian kelulusan”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.
  • Jika status “Disokong/ Rayuan – Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke Mesyuarat”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga
  • Jika status “Pulang Borang”, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.
  • Jika status masih “Tunggu Temuduga” Satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelajar boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM di alamat berikut:

  • Kaunter Zakat UKM Bangi
    Aras 1, Masjid UKM
    Universiti Kebangsaan Malaysia,
    43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan
    Tel : 03-8921 4225 / 5820
  • Pejabat Unit Zakat UKM (Cawangan KKL)
    Aras 1, Blok Klinikal,
    Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
    Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
    56000 Cheras, Kuala Lumpur,
    No Tel : 03-9145 6526
Untuk cadangan dan aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma