UiTM Prihatin: Insentif Bantuan RM100 Kepada Pelajar UiTM
Memahami masalah pelajar yang terpaksa pulang semua ke kediaman masing-masing berikutan dengan penangguhan pendaftaran yang dilaksanakan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui inisiatif UiTM Prihatin menyediakan beberapa kemudahan dan insentif kepada pelajar.
Inisiatif dan insentif ini selari dengan saranan Yg Berhormat Menteri Pengajian Tinggi supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi para pelajar yang terlibat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman inisiatif dan insentif yang disediakan UiTM Prihatin.
Isi Kandungan
MAKLUMAN KPT
Kementerian Pengajian tinggi pada 2 Oktober lalu telah mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal dan beberapa makluman lain:
- Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (PnP) pelajar dijalankan secara atas talian
- Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus
- Semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus dibatalkan
- Pihak IPT akan membantu menguruskan kemasukan pelajar yang berada di dalam kampus.
INSENTIF UiTM PRIHATIN RM100
UiTM Prihatin menyediakan insentif RM100 kepada setiap pelajar yang telah datang ke kampus untuk mendaftar secara fizikal dan terpaksa pulang semula ke kampung halaman..
Naib Canselor, Prof Emeritus Datuk Ir. Mohd Azraai Kassim berkata, bantuan ini juga akan membabitkan pelajar yang telah mendaftar dan terus tinggal di kolej-kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan.
Selain bantuan RM100, UiTM Prihatin juga menyediakan inisiatif lain juga bagi meringankan beban dan memudahkan urusan pelajar.
PENGECUALIAN BAYARAN KOLEJ
Selain insentif RM100 yang diberikan untuk pelajar, pengurusan tertinggi universiti juga telah bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran kolej untuk bulan Oktober 2020 kepada semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan.
Sejumlah 3,252 pelajar telah datang mendaftar secara fizikal bermula 1 Oktober hingga 3 Oktober lalu, bagaimanapun, kini hanya 940 pelajar memilik untuk terus kekal di kolej-kolej kediaman UiTM seluruh negara manakala selebihnya memilih untuk pulang ke rumah masing-masing.
Dengan inisiatif dan insentif ini, diharapkan para pelajar terus kekal tenang, tabah dan meneruskan pengajian dalam dalam suasana kebajikan dan keselamatan sentiasa terpelihara.
MAKLUMAT LANJUT
Para pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran pelajar boleh hubungi Bilik Gerakan JOBSA di talian:
- Tel: 03-5544 7892
- WhatsApp: 011 2074 2823.