Kita1Keluarga: Permohonan Bantuan Tzu Chi, Terima RM800 Selama Tiga Bulan

Sesuai dengan situasi pandemik koronavirus, sebuah pertubuhan kemanusiaan bukan berasaskan keuntungan, Tzu Chi Kuala Lumpur dan Selangor melancarkan program bantuan ‘Kita1Keluarga’ untuk menggerakkan rakyat Malaysia membantu golongan yang memerlukan.

Melalui kempen derma tersebut, pertubuhan itu menyasarkan mengumpul dana yang mencukupi untuk 3,000 keluarga miskin di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi menyediakan bantuan kewangan selama tiga bulan berturut-turut dari September hingga November.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan dan cara membuat permohonan.

KADAR BANTUAN

Dianggarkan setiap isi rumah yang layak akan menerima bantuan antara RM500 hingga RM800 sebulan bergantung kepada situasi keluarga berkenaan dan akan dikunjungi sukarelawan Tzu Chi dalam tempoh tiga bulan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
  • Kini tinggal di Kuala Lumpur, Selangor atau Putrajaya
  • Jumlah pendapatan keluarga sebelum wabak adalah tidak melebihi RM3,000; jumlah pendapatan perseorangan adalah tidak melebihi RM1,500 (jika hanya seorang saja dalam isi rumah)
  • Pendapatan isi rumah terjejas disebabkan wabak
  • Tiada akses ke SOCSO EIS
  • Tidak menerima bantuan tunai dari NGO termasuk Tzu Chi pada masa permohonan.
  • Penerima subsidi kerajaan, seperti JKM, Bantuan Prihatin dan Bantuan Sara Hidup adalah layak membuat permohonan

CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, anda perlu memberi kebenaran kepada sukarelawan Tzu Chi untuk membuat lawatan ke rumah demi menilai permohonan. Hanya satu permohonan dibenarkan untuk setiap isi rumah.

Permohonan boleh dibuat secara online di pautan berikut:

Permohonan boleh dibuat sehingga 18 Julai 2020. Keputusannya akan diumumkan selepas 17 Ogos.

Yayasan Tzu Chi mempunyai hak mutlak dalam kelulusan setiap permohonan yang diterima. Hanya pemohon yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan akan dipertimbangkan.

Bagi yang berhasrat untuk menderma juga adalah dialu-alukan. Maklumat lanjut boleh dilihat di laman Tzu Chi Malaysia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma