Mohon Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Ke Sabah, Sarawak Dan Luar Negara Sehingga RM1500

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan tambang penerbangan pelajar IPT ke Sabah, Sarawak dan Luar Negara kepada rakyat Negeri Terengganu yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.

Pelajar yang memerlukan bantuan dalam bentuk wang zakat ini diminta untuk kemukakan permohonan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tamat pengajian.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan berikut.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan tambang penerbangan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penerbangan ke Sabah/Sawarak/Indonesia : RM400
  • Lain-lain Negara: RM1,500

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan:

  • Pemohon adalah rakyat Negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian ke Sabah/Sarawak/luar negara.
  • Beragama Islam, Baligh, Berakal dan Merdeka.
  • Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian
  • Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda  sahaja
  • Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain
  • Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah dan Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan
  • Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang ebrkaitan industri hiburan
  • Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri
  • Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di Terengganu
  • Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan, isi Borang Permohonan secara online di pautan berikut:

Pemohon diminta untuk masukkan nombor kad pengenalan dan negara yang dituju. Lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Pemohon perlu mencetak borang yang telah lengkap diisi dan menghantar ke pejabat MAIDAM berdekatan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan.

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disahkan dan dihantar bersama borang permohonan yang dicetak:

  • Salinan ijazah asal/sementara (Syahadah muaqqatah).
  • Salinan surat pengesahan tamat belajar.
  • Surat pengesahan tajaan/ pinjaman pengajian semasa
  • Salinan Tiket asal penerbangan.
  • Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah
  • Salinan slip gaji atau akuan pendapatan Ibubapa/Penjaga/Sendiri dan pasangan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa / penjaga.
  • Surat pengesahan bermastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar negeri Terengganu dan telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut
  • Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan)
  • Slip permohonan

Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akuan mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Baitumal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di talian 09 6303030 atau emel ke alamat info@maidam.gov.my. Anda juga boleh terus hadir ke alamat berikut:

  • Jabatan Baitulmal
    Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
    Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
    Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
    20676 Kuala Terengganu, Terengganu.

Baca juga: Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma