Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Kini Dibuka
Bantuan Tabung Amanah KPYPJ tahun 2022 kini dibuka kepada semua pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Pelajar yang memerlukan bantuan ditawarkan hendaklah menghantar permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Bagi pelajar yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang permohonan melalui Google Form di pautan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi sesi 1/2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 10 April sehingga 10 Mei 2022
JENIS BANTUAN
Jenis bantuan yang ditawarkan adalah:
- Sara Diri
- Keperluan Pengajian/Peralatan
- Kos Rawatan/ Perubatan
SYARAT PERMOHONAN
Pelajar perlulah penuhi syarat-syarat berikut untuk membuat permohonan bantuan:
- Merupakan pelajar KPYPJ
-
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500.
-
Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri.
-
Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.
CARA MEMOHON
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sekarang sehingga 10 Mei 2022. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:
Lengkapkan maklumat pemohon yang diminta dan klik NEXT dan SUBMIT sehingga selesai isi permohonan bantuan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.kypj.edu.my. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi pegawai bertugas iaitu Puan Shuhaida di talian 013 724 7409 atau Miss Fiqa di 013 755 6348.