Tawaran Bantuan Tajaan Tablet Untuk PDPR Oleh YRMS Dibuka Buat Pelajar Sekolah & IPT

Melihat kepada keadaan situasi semasa pelajar, Yayasan Raja Muda Selangor dengan kerjasama Selangor Youth Community dan BeONE Prepaid telah bersepakat untuk memberi bantuan tablet dan simcard percuma kepada pelajar-pelajar yang terkesan bagi membantu proses pembelajaran dalam talian jarak jauh.

Peluang ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan juga universiti daripada kumpulan B40 (pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM 2,200/bulan) dan pemohon hendaklah menetap di Selangor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan penerimaan tajaan bantuan tablet dan cara buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang tempoh berikut:

  • 14 Ogos 2021 hingga 21 Ogos 2021

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Daripada golongan terpinggir
  • Pendapatan ibu bapa di bawah RM2,200
  • Masih bersekolah
  • Tiada peranti elektronik (telefon pintar atau komputer riba) di dalam rumah
  • Tidak mendapat sebarang bantuan peranti elektronik daripada mana-mana pihak
  • Tidak mempunyai peranti untuk mengakses pembelajaran dalam talian
  • Peluang ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan juga universiti daripada kumpulan B40
  • Pemohon hendaklah menetap di Selangor.

CARA MOHON

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh mengisi borang permohonan online yang disediakan. Borang ini mengambil masa selama 3 minit sahaja untuk diisi. Sila isi butiran maklumat anda dengan betul dan jujur. Berikut adalah borang permohonan tajaan tablet yang perlu diisi:

Jika anda terpilih untuk menerima tajaan ini, pihak YRMS akan menghubungi anda untuk maklumat selanjutnya.

Tawaran Bantuan Tajaan Tablet Untuk PDPR Oleh YRMS Dibuka Buat Pelajar Sekolah & IPT

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma