Permohonan Bantuan Rawatan Kesihatan Program Sihat Selangor
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Sihat Selangor yang merupakan satu bentuk bantuan rawatan kesihatan yang disediakan khas buat rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan rawatan.
Program ini menawarkan bantuan rawatan bagi pembedahan kecil, dialisis buah pinggang, katarak mata, kaki palsu dan lain-lain rawatan yang boleh dipertimbangkan. Bantuan akan diberikan dalam bentuk bayaran secara terus ke hospital atau pembekal peralatan kesihatan.
Sila baca semua arahan dan syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan Sihat Selangor:
- Rakyat Negeri Selangor, atau
- Bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun dengan pengesahan daripada Ahli
- Parlimen/ADUN/Penghulu/Ketua Kampung/JKKK Kampung/Ketua Penduduk/Ketua Komuniti
- Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
- PENJAWAT AWAM dan KELUARGA PEGAWAI seperti takrifan di dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009 tidak dapat dipertimbangkan
- Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan
SYARAT PEMBEKAL BANTUAN
Pemohon mestilah mendapat rawatan atau pembekal alatan kesihatan daripada pembekal bantuan berikut sahaja:
- Pembekal alatan / perubatan mestilah farmasi yang berdaftar dengan LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (Lesen A)
- PUSAT HAEMODIALISIS SWASTA yang mempunyai perakuan KELULUSAN dan LESEN daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JENIS BANTUAN RAWATAN
Bantuan rawatan kesihatan diberikan bagi rawatan berikut:
MAKLUMAT PERMOHONAN
Berikut adalah beberapa maklumat permohonan Bantuan Sihat Selangor yang pemohon perlu tahu:
- SALINAN SURAT KELULUSAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) dari KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA atau MAKLUMAT PENDAFTARAN E-KASIH perlu dikemukakan
- Rawatan bagi KATARAK MATA, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA
- Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan
- TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan
- Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.
- Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN bagi setiap tahun adalah sebelum 30 SEPTEMBER.
CARA MEMOHON
Permohonan Bantuan Sihat Selangor boleh dilakukan secara online. Borang permohonan hendaklah diisi sebelum 30 September 2020 dengan lengkap dan setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu.
Lengkapkan borang permohonan online berikut:
Setiap borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah DICETAK dan MENDAPATKAN PENGESAHAN oleh Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Negeri/ Ahli Majlis / Tok Penghulu / Ketua Kampung / JKK Kampung / Ketua Penduduk Negeri Selangor sahaja.
Sila hantar permohonan bersama dokumen rawatan sokongan sebelum atau pada 30 Oktober 2020 pada waktu bekerja di alamat berikut:
- PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
TINGKAT 4, BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM
Segala tuntutan bayaran Bantuan Sihat Selangor tahun 2020 perlu dikemukakan sebelum 30 November 2020. tuntutan bayaran selepas 30 November 2020 tidak dapat diproses dan akan dibatalkan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian 03 5544 7628 / 7553 atau email kan ke alamat sihatselangor@selangor.gov.my. Anda juga boleh lawati laman Sihat Selangor.
Baca juga: Mohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE): Baucer Jom Shopping RM100 Setahun Untuk Warga Emas & OKU