Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak: Cara Mohon Bantuan Sewa RM200 Sebulan Selama 36 Bulan

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak melaksanakan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat Covid-19. Bantuan ini kini dibuka untuk permohonan bagi penyewa yang bekerja di bandar Kuching Sibu, Bintulu dan Miri.

SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021. Skim ini dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 20,000 isi rumah yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Bantuan Sewa Kediaman dan cara buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan terima bantuan sewa seperti berikut:

  • RM200.00 sebulan selama 36 bulan (3 tahun maksimum)

KRITERIA PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status “K”
  • Berusia 21 tahun ke atas
  • Penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri
  • Penerima bantuan e-kasih dan/ atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131.00 sebulan
  • Bapa/ibu tunggal dan sekurang-kurangnya mempunyai 1 orang anak tinggal bersamanya
  • Keutamaan juga akan diberikan pada Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Sedang menyewa dan premis/ rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan serta menyertakan salinan dokumen terkini yang berkaitan:

  • Bukti sebagai penerima e-kasih
  • Salinan sijil kahwin/ sijil cerai
  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan)
  • Salinan sijil lahir/ MyKid/ MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal bersama pemohon
  • Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan
  • Salinan kad OKU bagi pemohon OKU
  • Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan setem hasil
  • Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa (SRAS)
  • Gambar premis yang disewa

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan langkah berikut:

  1. Sediakan semua dokumen sokongan di atas
  2. Muat turun & isi borang permohonan di bawah
  3. Hantar dokumen dan borang permohonan ke alamat berikut:
    Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),
    Wisma Sultan tengah, Jalan Sukma,
    Petrajaya, P.O Box 1504,
    93050 Kuching, Sarawak Malaysia

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan PERCUMA:

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN SEWA

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082 444381 atau 082 443681.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma