Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Bantuan Prihatin Pahang: Tawaran Bantuan Sehingga RM300 Buat B40, Anak Muda & Veteran

Oleh Cikgu Shaari • April 26, 2022 • 2 min baca

Bantuan Prihatin Pahang: Tawaran Bantuan Sehingga RM300 Buat B40, Anak Muda & Veteran
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pahang memperuntukkan RM30 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang akan diagihkan kepada empat kluster utama warga negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata dana berkenaan akan diagihkan mulai bulan ini hingga Julai depan membabitkan 297,013 penerima. Bantuan yang bakal disalurkan adalah dalam bentuk wang tunai sehingga RM400 mengikut kategori masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Prihatin Pahang 2022 dan panduan buat permohonan.

KLUSTER PENERIMA BANTUAN

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang akan diagihkan kepada empat kluster utama warga negeri itu, iaitu melibatkan:

  • Kluster pelajar dan anak muda
    – Pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik serta anak muda 18 tahun hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga
  • Kluster B40
    – anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi
  • Kluster umum
    – penerima di kampung tradisi peneroka, Orang Asli, penjaja harian, serta pengusaha bot dan pemandu pelancong
  • Kluster apresiasi
    – Veteran tentera dan polis

KADAR BANTUAN

Bantuan yang bakal disalurkan termasuklah wang tunai:

  • RM200 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.
  • RM100 diagihkan untuk pelajar Tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM
  • RM300 untuk penggiat media sosial
  • RM50 Sumbangan Kotak Aidilfitri kepada Pendidikan Kampung dan masyarakat Orang Asli dengan keseluruhan lebih 160,000 kotak

Kemampuan menyalurkan BPP 2022 ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 akan dibuat pada:

  • Bermula April hingga Julai 2022

Menteri Besar percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil Kerajaan Negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja Bantuan Prihatin Pahang tetapi juga pelbagai bantuan lain untuk rakyat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.