Mohon Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0: Bantuan Khas Penjaja RM500 Secara One-Off
Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 ini merupakan program bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya bertindak sebarang pemudahcara dalam program bantuan ini. Permohonan boleh dibuat melalui laman permohonan elesen.dbkl.gov.my.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan khas kepada penjaja dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN
Permohonan bagi penjaja yang layak boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 19 Julai hingga 15 Ogos 2021
KADAR BANTUAN
Sumbangan secara one-off akan diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan sebanyak:
- RM500
Sumbangan akan dibayar melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak.
CARA MOHON
Berikut adalah panduan buat permohonan Bantuan Prihatin Kasih Asnaf MAIWP:
- Pergi ke pautan PERMOHONAN BANTUAN KHAS PENJAJA MAIWP
- Pergi ke bahagian Pendaftaran
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SETERUSNYA
- Sekiranya Nombor Kad Pengenalan anda tiada dalam senarai layak menerima sumbangan, anda boleh buat rayuan dengan klik butang RAYUAN
- Lengkapkan maklumat diminta dan klik SIMPAN
- Pergi ke bahagian SEMAKAN untuk tahu status permohonan anda
Untuk sebarang pertanyaan berhubung bantuan ini, anda boleh berhubung dengan Encik Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi WhatsApp di talian 033 5659 3734 pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.