Bantuan Prihatin Elektrik: Semakan Kelayakan Elektrik Percuma Bagi Bil April Hingga Jun 2020

Berikutan dengan rungutan oleh ramai rakyat Malaysia berkaitan peningkatakan kos elektrik, kerajaan telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta pengguna domestik di seluruh Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Bantuan Prihatin Elektrik dan cara membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan elektrik percuma ini.

BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK (BPE)

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik PERCUMA sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu April 2020 hingga Jun 2020.

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

SEMAKAN KELAYAKAN BPE

Pengguna tidak perlu membuat sebarang semakan kelayakan atau permohonan BPE kerana bantuan ini akan diberikan secara automatik. Semua pelanggan domestik termasuk pengguna Meter Pintar (Smart Meter) akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM230 bagi tempoh 3 bulan tersebut.

Berikut adalah kadar Bantuan Prihatin Elektrik yang akan diberikan kepada pengguna

CARA KIRA BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK

Jika dilihat dari kadar bantuan yang disertakan di atas, ini adalah contoh pengiraan jumlah Bantuan Prihatin Elektrik yang anda terima berdasarkan bil elektrik anda.

RM77.00 Ke Bawah

Penggunaan kadar elektrik 300 kWj bersamaan RM77.00 ke bawah bagi 3 bulan yang disebutkan akan dapat menikmati bil PERCUMA di bawah BPE.

Ini bermaksud, jika bil bulan April, Mei dan Jun anda adalah berjumlah RM77.00 dan ke bawah, anda tidak perlu membayar jumlah bil tersebut.

RM77.10 hingga RM231.80

Penggunaan elektrik 301 hingga 600 kWj bersamaan RM77.10 hingga RM231.80, anda akan menerima kadar diskaun sebanyak RM77 sebulan bagi BPE dan 15% bagi diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Jumlah manfaat:
=(RM77 x 3) + 15%
=RM231 + 15%

Kaedah pengiraan: (jumlah bil 3 bulan – RM231 – (15% x jumlah bil 3 bulan)

RM231.90 hingga RM395.60

Penggunaan elektrik 601 hingga 900 kWj bersamaan RM231.90 hingga RM396.00, anda akan menerima kadar diskaun sebanyak RM77 sebulan + 8% bagi BPE dan 2% bagi diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Jumlah manfaat:
=(RM77 x 3) 8% + 2%
=RM231 + 10%

Kaedah pengiraan: (jumlah bil 3 bulan – RM231 – (10% x jumlah bil 3 bulan)

RM396.15 Ke Atas

Penggunaan elektrik 900 kWj ke atas bersamaan RM396.15 ke atas, anda akan menerima kadar diskaun sebanyak RM77 sebulan bagi BPE dan 2% bagi diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Jumlah manfaat:
=(RM77 x 3) + 2%
=RM231 + 2%

Kaedah pengiraan: (jumlah bil 3 bulan – RM231 – (2% x jumlah bil 3 bulan)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020.

Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020. Ini bermaksud jika anda sudah pun membuat bayaran 3 bulan tersebut, anda tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.

Diingatkan lagi sekali, hanya pengguna yang bil bulan April, Mei dan Jun berjumlah RM77 ke bawah sahaja akan menerima BPE Percuma. Bagi kadar bayaran yang lain, anda juga mendapat manfaat diskaun seperti yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BPE, anda boleh layari laman web TNB atau emelkan pertanyaan ke alamat emel tnbcareline@tnb.com.my. Anda juga boleh hubungi talian 1-300-88-5454 serta kunjungi mana-mana Kedai tenaga berhampiran.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma