Senarai Bantuan Untuk Belia Yang Terkini Di Bawah Inisiatif Prihatin Belia

Bagi melonjakkan semula aktiviti ekonomi dan membantu rakyat-rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan mendapatkan pendapatan, Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi dan PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit dengan suntikan fisikal baharu oleh kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.

Selain memberi bantuan GKP 3.0 kepada peniaga, bantuan RM500 one off kepada golongan B40 serta bantuan RM300 untuk pembelian peranti baharu buat isi rumah, kerajaan tidak melupakan golongan belia yang masih tiada pendapatan tetap.

Pelbagai bantuan untuk belia diperkenalkan dalam pelbagai bentuk. Semak senarai bantuan yang terkini untuk belia di bawah pakej PEMERKASA iaitu inisiatif Prihatin Belia di bawah.

SENARAI BANTUAN PRIHATIN BELIA

Program e-Belia

Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, khususnya mereka yang:

  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

Sukacita dimaklumkan bahawa program itu akan ditambahbaik dengan meningkatkan nilai kredit daripada RM100 kepada RM150 yang akan memanfaatkan 2 juta belia.

Baca lanjut: Semua Belia & Pelajar IPT Akan Terima RM150 Melalui Program eBelia.

Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)

Bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar terlibat dalam projek-projek keusahawanan, program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit, menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2021 bagi program ini sebanyak 21 juta ringgit.

Oleh itu, seramai 1,800 peserta akan mendapat manfaat dengan:

  • Latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus yang disertai

Program Tunas Usahawan Belia  & New Gen Entrepreneur

Selain itu, program Tunai Usahawan Belia Bumiputera akan ditambah peruntukan bagi melahirkan seramai 250 usahawan belia Bumiputera baharu. Rujuk maklumat lanjut PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA.

Manakala program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan:

  • latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia

Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA- BELIA

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA dengan kadar:

  • Kadar serendah 3%
  • Pembiayaan sehingga RM50,000

Pembiayaan ini disediakan bagi membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan.

Pendaftaran SSM Percuma

Kerajaan juga menyediakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) khusus untuk memberi peluang kepada belia dan ibu tunggal berpendapatan B40, serta pelajar mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma. Pendaftaran SSM percuma boleh dibuat sekarang di sini:

Info lanjut berkenaan permohonan program-program bantuan kerajaan di bawah pakej PEMERKASA untuk belia akan menyusul sekiranya terdapat maklumat terbaru. Semoga bantuan-bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua belia di Malaysia sebaiknya bagi menjadikan sumber pendapatan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma