Permohonan Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Kebangsaan Veteran ATM. Terima RM500-RM700 Setiap Pelajar
Satu bentuk bantuan persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan diperkenalkan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah.
Untuk makluman anda, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun. Ikuti perkongsian ini untuk buat semakan syarat kelayakan dan cara memohon.
Isi Kandungan
KELAYAKAN ASAS
Antara kelayakan asas untuk membuat permohonan adalah:
- Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
SYARAT PERMOHONAN
Semak syarat kelayakan permohonan berikut:
- Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambil kira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
- Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:
i. 45 tahun dan PGK negatif melebihi RM 300.00 kecuali hilang upaya / uzur. - Balu tidak ditetapkan had umur.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun.
- Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM 500.00 / setahun bagi sekolah rendah.
- RM 700.00 / setahun bagi sekolah menengah / kolej vokasional.
CARA MEMOHON
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan:
- Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) di bawah perkongsian ini.
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya.
- Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP)
Download Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) di bawah:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN (JHEV.BK.2019)
BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM / POLITEKNIK
Anak-anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam atau Politeknik boleh buat permohonan Bantuan Kemasukan ke UA/ Politeknik dan terima bantuan sebanyak RM1,000 di peringkat Diploma dan RM1,500 di peringkat Ijazah.
Semak syarat kelayakan dan borang permohonan Bantuan Kemasukan ke UA / Politeknik di bawah:
Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh kemukakan kepada kaitangan JHEV di talian 03-2050 8000 atau hadir ke Cawangan JHEV ATM Negeri.