Semakan & Permohonan

Tawaran Bantuan Persediaan Sehingga RM1,000 Untuk Kemasukan Ke IPT & SBP

November 1, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Permohonan bagi skim bantuan persediaan awal sebelum meneruskan pengajian bagi mengelak beban kewangan yang dihadapi pelajar. Sebagai galakan dan dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Anak Terengganu yang berkelayakan dan berminat dengan bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui sistem permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan permohonan.

KADAR BANTUAN PERSEDIAAN KE IPT

Bantuan Persediaan ke IPT disediakan kepada calon mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sek. Berasrama Penuh: 500.00
  • Sijil: 500.00
  • Matrikulasi/ Asasi/ A-Level: 500.00
  • Diploma: 750.00
  • Ijazah Sarjana Muda: 1,000.00
  • Sarjana (Master): 1,000.00
  • Doktor Falsafah (PhD): 1,000.00

Tambahan RM300 akan diberikan bagi pengajian di Sabah dan Sarawk.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran bantuan dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu/bapa/penjaga RAKYAT TERENGGANU (Warganegara Malaysia) dan ibu/bapa/penjaga MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DI DUN NEGERI TERENGGANU.
  • Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketuakampung.
  •  Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus pengajian sepenuh masa serta pemohon tidak bekerja.
  • Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.
  • Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.
  • Syarat umur bagi permohonan :
  • Peringkat Sarjana (Master) – 25 tahun ke bawah.
  • Peringkat Doktor Falsafah (PhD) – 30 tahun ke bawah.
  • Setiap pemohon hanya layak memohon SEKALI sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
  • Tempoh permohonan adalah selewat-lewatnya SEBULAN dari tarikh pendaftaran rasmi ke IPT (surat tawaran)

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan anda boleh buat permohonan melalui sistem permohonan yang disediakan di pautan berikut:

Sila masukan no kad pengenalan pemohon. Klik pada butang “Semak” bagi tujuan semakan dan permohonan baharu. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke Portal Rasmi Yayasan Terengganu.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda