Tawaran Bantuan Perkahwinan MAIWP Terbuka Buat Bakal Pengantin

Berita baik buat warga Wilayah Persekutuan! Bagi yang belum tahu, pihak Baitumal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada menyediakan skim bantuan perkahwinan kepada golongan asnaf yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Masih ramai yang tak tahu tentang kewujudan bantuan ini.

Permohonan mestilah dibuat sebelum majlis akad nikah atau dalam tempoh 3 bulan dari majlis akad nikah. Skim bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi individu berkelayakan.

BANTUAN PERKAHWINAN BAITUMAL MAIWP

Baitumal MAIWP menawarkan Bantuan Perkahwinan kepada warga Wilayah Persekutuan yang beragama Islam bagi memudahkan urusan dari segi kewangan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Bantuan Perkahwinan oleh Baitumal MAIWP adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastatautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang setahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah
  • Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama sahaja kecuali saudara baru/ muallaf
  • Memperolehi sijil kursus pra perkahwinan terlebih dahulu sebelum permohonan
  • Mendapat surat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah cerai dan rujuk

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen dinyatakan berikut:

  • Borang permohonan
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    -Isteri
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah [Contoh Surat Akuan Sumpah] *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  • Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  • Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam
  • Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN MAIWP

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin buat permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP bagi melangsungkan perkahwinan, pastikan anda hantar permohonan sebelum majlis akad nikah atau dalam tempoh 3 bulan dari majlis akad nikah.

Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan borang permohonan bersama dokumen-dokumen dinyatakan di atas ke kaunter Baitumal MAIWP berdekatan. Muat turun borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN BAITUMAL MAIWP

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Perkahwinan MAIWP yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman web MAIWP [https://www.maiwp.gov.my/]

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma