Pelajar Sekolah & IPT Di Selangor Boleh Mohon Tablet & Laptop Percuma. Ini Cara Mohon
Sukacita dimaklumkan, YB Ir Izham Hashim EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor dengan rendah hati ingin menawarkan inisiatif pemberian laptop dan tablet secara percuma kepada warga Selangor atau yang menetap di Negeri Selangor.
Tawaran yang dibuka ini adalah terhad kepada 50 unit peranti sahaja. Hanya pemohon yang benar-benar layak sahaja akan dipertimbangkan. Bantuan ini adalah mensasarkan warga Selangor yang merupakan pelajar sekolah atau pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian peranti dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH MOHON
Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh yang ditetapkan iaitu:
- 31 Julai 2021
JENIS BANTUAN
Bantuan akan diberikan dalam bentuk peranti yang meliputi 25 laptop dan 25 buah tablet.
- Tablet: Lenovo
- Laptop: Acer
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk dipertimbangkan:
- Warga Selangor atau mereka yang beralamat di Negeri Selangor
- Berumur 15 hingga 25 tahun
- Merupakan pelajar sekolah atau pelajar IPT
- Buat permohonan dalam tempoh ditetapkan dengan berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat terkini
- Nyatakan tujuan mengapa perlukan laptop dan tablet
CARA MOHON
Warga Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan sebelum atau selewat-lewatnya 31 Julai 2021. Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman Twitter @IrIzhamHashim (Izham Hashim)
- Klik butang Direct Message (DM) di akaun tersebut
- Sila berikan maklumat diri anda seperti:
i) Nama
ii) Nombor IC
iii) Alamat terkini - Nyatakan tujuan mengapa anda memerlukan laptop dan tablet
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran tablet dan laptop percuma, anda boleh terus ke laman Twitter @IrIzhamHashim.