Cara Mohon Bantuan Peralatan Perniagaan Sehingga RM10,000 Buat Peniaga
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa asnaf fakir dan miskin di Negeri Melaka yang berkelayakan dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perniagaan memohon Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin. Setiap peniaga yang berkelayakan boleh mohon bantuan sehingga RM10,000.
Bantuan ditawarkan adalah bagi memberi kemudahan kepada peniaga membuat pembelian peralatan untuk perniagaan. Pemohon yang berkelayakan tidak perlu bayar balik bantuan kerana bantuan ini disediakan bagi membantu asnaf yang memerlukan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan peralatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Jumlah permohonan bantuan yang ditawarkan adalah:
- Dari RM500 sehingga RM10,000
Bantuan peralatan perniagaan yang ditawarkan adalah:
- Khemah
- Kerusi
- Mesin Jahit
- Kerusi
- Meja lipat
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN
Bantuan Peralatan perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin yang ditawarkan adalah terbuka kepada peniaga yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Pemastautin Negeri Melaka sekurang-kurangnya 2 tahun
- Asnaf Fakir dan Miskin
- Pendapatan Kurang/ Tidak melebihi Had Kifayah yang ditetapkan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
Dokumen utama
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil SSM yang masih aktif
- Pengesahan Pendapatan Bulanan
- Salinan penyata bank
- Sebut harga alat perniagaan
Dokumen sokongan
- Gambar Perniagaan/ Produk
- Kertas kerja perniagaan
- Rekod aliran perniagaan (buku lejar)
CARA MOHON BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN
Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas untuk buat permohonan, anda boleh dapatkan borang permohonan di:
- Pusat Islam, pejabat Cawangan Agihan Zakat; dan
- Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM
Permohonan akan diproses sehingga 14 hari waktu bekerja.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan peralatan perniagaan yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau kunjungi alamat tertera:
- Seksyen pembangunan Insan,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa,
No. B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka - Tel: 06 286 8109/ 011 5891 4140