Bantuan RM500 Penjaja Kecil Di Buka Sehingga 7 Jun. Mohon Segera
Kerajaan negeri Selangor memandang serius penularan COVID-19 yang kini sudah dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan langkah drastik, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak terbabit.
Bagi mengurangkan beban kehidupan dan kesulitan ekonomi akibat perintah itu, Kerajaan Selangor telah melaksanakan pakej rangsangan yang dikenali sebagai Pakej Selangor Prihatin.
Bantuan sebanyak RM500 di bawah pakej ini akan diberikan kepada penjaja yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Semak syarat kelayakan permohonan dan cara memohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KELAYAKAN PEMOHON
Syarat Kelayakan Asal:
- Peniaga memiliki Lesen/ Permit Penjaja (di bawah UUK Penjaja)
- Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020
Syarat Kelayakan Diperluas Kepada:
- Peniaga berlesen (walaupun bukan di bawah UUK penjaja) yang menyewa premis PBT untuk kategori Kiosk, Gerai, Medan Selera dan Pasar
- Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020
CARA MEMOHON
Anda boleh membuat permohonan sekarang sehingga tarikh tutup iaitu 7 JUN 2020. Permohonan boleh dibuat di laman SELANGOR PRIHATIN.
Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan di bawah kategori INSENTIF KHAS PENJAJA ONE OFF dan klik “Seterusnya” untuk langkah permohonan berikutnya.
Insentif sebanyak RM500 akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon yang layak dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap
Baca juga: Senarai Pinjaman Perniagaan 2020 Untuk Bantu Perniagaan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Insentif khas penjaja ini, anda boleh hubungi talian mengikut daerah berikut: