Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Sabah Di Buka. Terima RM1000 Untuk IPTA Dalam Negeri & RM2000 Bagi Pengajian Luar Negeri Sabah

Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Sabah secara One Off untuk pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntut di IPTA atau IPTS di seluruh negara kini di buka.

Bantuan Pendidikan Yayasan Sabah ini telah diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Apdal sebagai satu rangka usaha membantu meringankan beban kewangan pembelajaran untuk pelajar Sabah.

Kepada pelajar-pelajar anak negeri Sabah adalah dipelawa untuk memohon Bantuan Pendidikan Yayasan Sabah ini sebelum permohonan di tutup.

TAWARAN BIASISWA YAYASAN SABAH

Biasiswa Yayasan Sabah ini adalah tajaan dari YS yang tidak perlu dibayar balik dan hanya akan diberikan sekali sahaja. Ini adalah sumbangan dari kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar Sabah di IPTS dan IPTA.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang cemerlang dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemohon yang berjaya akan menerima RM1000 untuk IPTA dalam negeri & RM2000 bagi pengajian luar Negeri Sabah

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pemohon yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penaja seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang daripada ibu bapa mestilah warganegara Malaysia yang berasal  dari Sabah
  • Pemohon mendapat tempat pengajian/ memulakan pengajian pada tahun 2020
  • Daerah asal pemohon diambil kira. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berasal dari kawasan luar bandar
  • Untuk Program Ijazah Sarjana Muda, umur pemohon tidak melebihi 30 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada suku kaum minoriti.
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada pemohon yang adik beradik belum pernah mendapat tajaan Yayasan Sabah, pelajar yatim/yatim piatu, miskin dan yang ramai tanggungan
  • Pendapatan kasar ibu bapa kurang RM7,000.00
  • Hanya pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah sahaja yang layak memohon.
  • Keutamaan kepada pemegang kad OKU

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN ONE OFF YAYASAN SABAH

Pelajar yang layak dan berminat mestilah mengemukakan permohonan secara atas talian atau portal khas yang telah disediakan sebelum atau pada 9 April 2020

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah.

Untuk tujuan memohon online, anda dikehendaki mendapatkan PIN no. PIN ini boleh anda perolehi dari pejabat-pejabat cawangan YS yang terdekat dengan anda iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Beaufort, Tawau dan Kuala Lumpur.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila rujuk iklan scholarship dan pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Sabah (YS) melalui link di bawah.

Rujuk iklan : Yayasan Sabah Group

Untuk semakan permohonan tajaan Yayasan Sabah anda juga boleh berhubung terus dengan pihak YS menggunakan maklumat perhubungan di bawah. Sebelum itu sila layari lawan website rasmi Yayasan Sabah untuk maklumat terkini.

Bahagian Pembangunan Pendidikan,
Yayasan Sabah,
Aras 5, Menara Tun Mustapha,
Teluk Likas, Peti Surat 11201,
88813 KOTA KINABALU.

Semoga perkongsian maklumat biasiswa ini bermanfaat kepada anda. Sekali lagi anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak penaja jika perlukan maklumat lanjut dan terkini berhubung tawaran-tawaran biasiswa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma