Mohon Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Buat Pelajar Sekolah & IPT

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka.

Salah satu bantuan yang diberikan untuk menjaga hal kebajikan anggota polis adalah Bantuan Pendidikan buat anak polis di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.

Mohon Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Buat Pelajar Sekolah & IPT

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara memohon bantuan pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

SYARAT KHAS KELAYAKAN

Antara syarat khas kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Diberi kepada anak-anak bekas polis yang masih dalam peringkat persekolahan dan pengajian tinggi.
  • 1 orang anak hanya layak untuk mendapat bantuan TAWP 4 satu kali sahaja mengikut persekolahan dan pengajian tinggi
  • Permohonan dibuat dalam tahun kemasukan bagi semua kategori bantuan
  • Mengemukakan permohonan seperti berikut :-
    1 salinan surat pengesahan daripada:-
    i)  Peringkat rendah – Pengesahan guru besar
    ii) Peringkat menengah – Pengesahan pengetua
    iii) Peringkat tinggi – Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
  • Mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan yang disahkan

SYARAT UMUM

Berikut adalah syarat umum yang perlu dipenuhi untuk melayakkan penerimaan bantuan:

  • Pesara yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis sepertimana yang terdapat didalam Suratcara Amanah TAWP.
  • Kelayakan pemohon ialah bekas polis termasuk SC/balu atau duda bekas polis/anak dalam tanggungan bekas polis.
  • Permohonan hendaklah menyertakan 1 salinan kad pengenalan atau kad pesara polis
  • Balu/duda yang memohon bantuan hendaklah menyertakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah atau sijil kelahiran anak dan salinan rekod perkhidmatan bekas polis, bagi anak dalam tanggungan hendaklah menyertakan salinan sijil kelahiran

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak:

  • Peringkat rendah- RM 150.00
  • Peringkat menengah- RM 300.00
  • Peringkat tinggi- RM 500.00

CARA MEMOHON

Ikut langkah berikut untuk membuat permohonan bantuan pendidikan TAWP:

  1. Semua maklumat bantuan TAWP hendaklah diisi dengan lengkap mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sebarang kegagalan dalam mengemukakan permohonan dengan lengkap akan menyebabkan permohonan akan ditolak.
  2. Permohonan daripada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) hendaklah dikemukakan melalui Ketua Cawangan PBPM atau Pengerusi PBPM Negeri masing-masing yang akan memanjangkan permohonan tersebut ke Kementerian.
  3. Permohonan daripada bukan ahli PBPM hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Daerah/ Ketua Polis Balai untuk pengesahan sebelum dikemukakan ke Kementerian.
  4. Borang permohonan boleh diperolehi daripada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah. ATAU anda boleh muat turun di laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia ini.
  5. Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada:
  • BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS,
    TINGKAT 25,
    IBU PEJABAT POLIS DI RAJA MALAYSIA,
    BUKIT AMAN, 52560 W.P KUALA LUMPUR

Anda boleh download borang permohonan bantuan pendidikan TAWP di bawah:

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN TAWP

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan bantuan pendidikan TAWP, anda boleh hubungi Persatuan Bekas Polis Malaysia di talian +603 4131 8437 atau email ke hq.pbpm@gmail.com. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma