Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Sehingga RM1,000 Untuk Kemasukan Sekolah & IPT

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar / miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one-off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Harian / Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian ( Latihan / Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA.

KADAR BANTUAN SEKOLAH & IPT

Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah:
  • Telah ditawar/ diterima masuk ke Sekolah Berasmara Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasmara, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan kerajaan seperti MQA, JPK atau badan-badan lain yang berkaitan

SENARAI DOKUMEN WAJIB

Semua Salinan dokumen di bawah perlu disahkan oleh pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/ MRSM/ Sekolah harian/ ILK dan IPTA
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/ Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/ Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima

CARA MOHON

Permohonan hendaklah dikemukakan selewa-lewatnya dalam tempoh dua belas 12 BULAN daripada tarikh surat tawaran diterima.

Borang permohonan rasmi beserta lampiran lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier kepada pihak urus serta AAB, KPLB di alamat seperti berikut:

  • Urus Setia Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB), KPLB
    Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
    Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
    Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Tel: 03 8891 2226/ 2225

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma