Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI) Sehingga RM2,000 Dibuka Untuk Semua Peringkat Pengajian

Berita baik buat pelajar Sabah! Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan bantuan pelajar Sabah tahun 2022 yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti).

Bantuan ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT dan pelajar sekolah dalam kategori yang layak. Kedua-dua pemberian itu membabitkan peruntukan RM12 juta sebagai bantuan kepada anak-anak Sabah agar dapat meneruskan pembelajaran tanpa masalah kewangan.

Bantuan kepada pelajar sekolah dikatakan akan diberikan pada penghujung tahun 2022. Namun bagi bantuan BUDI, permohonan kini telah dibuka!

KADAR BANTUAN

Bantuan akan diberikan kepada pelajar IPT yang layak secara one-off pada kadar:

  • Diploma/ Asasi dan Matrikulasi: RM1,500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI) boleh dibuat pada:

  • Mulai Jun 2022

KRITERIA KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada:

  • Pelajar melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  • Berumur tidak lebih 25 tahun
  • Melanjutkan pengajian di peringkat  Diploma/ Asasi/ Matrikulasi atau Ijazah Sarjana Muda
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI
  • Pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPTS, IPT tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan Surat beranak (Pemohon dan ibu bapa /penjaga)
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  3. Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung
  4. Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  6. Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon
Perkara 1 & 2 hendaklah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Perkara 3 hendaklah disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung
Perkara 4 hendaklah disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan

CARA MEMOHON

Pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke IPT dan memerlukan bantuan boleh buat permohonan secara online atau manual.

Permohonan Online

Permohonan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut:

Permohonan Manual

Untuk permohonan secara manual, anda diminta untuk muat turun dan lengkapkan borang permohonan di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), anda boleh berhubung dengan saluran berikut:

  • Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
    Jalan Sulaman, Teluk Likas
    88400 Kota Kinabalu
  • Tel: 088 369 865/ 088 369 890/ 088 369872
  • Laman web: https://mttk.sabah.gov.my/

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma