Permohonan Bantuan PEMERKASA RM3,000 Untuk Syarikat Pengendali Pelancongan MM2H

MOTAC sentiasa mendengar dan sedia membantu bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian ini dalam menghadapi wabak Covid-19. Bantuan kewangan sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada Syarikat Pengendali Pelancongan MM2H yang layak.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira sebanyak 697 buah syarikat. MOTAC menyeru kepada syarikat MM2H yang berlesen untuk mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan syarikat pengendali pelancongan MOTAC.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan akan diberikan kepada syarikat yang layak sebanyak:

  • RM3,000

SYARAT KELAYAKAN

Hanya syarikat yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.
  • Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk menerima bantuan kewangan ini.
  • Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.
  • Pemberian Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini hanya akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.
  • Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

CARA MOHON

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 31 Ogos 2021. Pastikan butiran yang dikemukakan dapat tepat bagi memastikan penyaluran bantuan dapat dibuat dengan betul. Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat ini akan dilaksanakan oleh Pejabat MOTAC Negeri.

Lengkapkan borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PEMERKASA MM2H

SENARAI SEMAK DOKUMEN

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan mestilah dihantar dengan muat naik di Borang Permohonan Atas Talian yang disediakan di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN ATAS TALIAN

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman www.motac.gov.my atau hubungi talian di bawah.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma