Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) RM300 Sebulan Buat Pelajar IPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan Skim Bantuan Yayasan TAR bagi tahun akademik 2021/2022. YTAR mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan Bantuan Tunku Abdul Rahman.

Bantuan ini khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar (B40) bagi membantu menampung kos sara hidup pelajar semasa di Universiti Awam (UA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR).

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah sarjana muda sahaja
  • Berlatar belakang keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4839 ke bawah
  • Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon

Syarat Tambahan

Pelajar yang menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2021/2022 kepada pihak YTAR dan mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2021/2022.

MAKLUMAT BANTUAN

Berikut adalah maklumat bantuan bagi sesi 2021/2022:

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA
  • Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian
  • Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia)

PROGRAM KEPIMPINAN

Pelajar yang menerima BPTAR akan menyertai program kepimpinan selama 2 tahun merangkumi:

  • Mentorship: Pelajar akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga Alumni Tunku Scholar tentang kerjaya dan perkembangan diri.
  • Peluang pembangunan: Pelajar akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
  • Projek kemasyarakatan: Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap pelajar perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan Yayasan Tunku Abdul Rahman ini.

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka sehingga 4 Disember 2021. Pelajar boleh memohon bantuan yang ditawarkan dengan mengisi borang permohonan BPTAR.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah diemelkan kepada Timbalan Naib Cancelor (HEP) universiti awam masing-masing.

Untuk info lanjut mengenai tawaran bantuan BPTAR, anda boleh terus ke laman Facebook HEP universiti awam anda.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma