Mohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Buat Pekebun Kecil & Terima Bantuan RM600
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM201 juta melalui Belanjawan 2020 untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil di seluruh negara.
Pengerusi Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA), Datuk Mohd Salim Sharif berkata, penerima bantuan itu membabitkan seramai 274,639 pekebun kecil RISDA dan 61,763 pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan dan pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Kadar bantuan adalah sebanyak RM600 seorang yang akan disalurkan ke akaun penerima yang telah didaftarkan dalam dua peringkat:
- RM300 ke akaun pekebun kecil mulai 7 Disember 2020
- RM300 pada Januari 2021
Sebanyak 237,207 permohonan yang diterima setakat ini, RISDA telah membuat bayaran sebanyak 85% dengan nilai peruntukan RM121.6 juta.
Baki permohonan membabitkan seramai 34,490 pemohon pula akan disalurkan minggu hadapan.
Baca: Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA
PERMOHONAN BARU BMT
Bagi pekebun kecil yang masih belum menerima atau dalam proses permohonan, RISDA masih membuka permohonan sehingga 31 Disember 2020. Untuk mendapatkan borang permohonan bantuan, anda harus hadirkan diri ke pejabat RISDA berhampiran.
Pemilik Kebun
Pemohon dari kategori Pemilik Kebun hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut:
- Kad pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
Penoreh Bukan Pemilik
Pemohon kategori Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan Kad PAT-G; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan melalui sistem e-BMT di pautan berikut setelah tutup permohonan:
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK. Status permohonan bantuan akan dipaparkan.