Panduan Terkini Mohon Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan RM3,000

Bantuan kewangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Persaraan adalah diperuntukkan bagi mengurangkan beban keluarga untuk mengurus Jenazah Pesara Kerajaan. Kadar bayaran sebanyak RM3,000 yang dibayar sekali akan dibayar terus kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Pesara Kerajaan terbabit.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, permohonan Bantuan Mengurus Jenazah susulan kematian pesara Kerajaan dalam tempoh persaraan perlu dikemukakan permohonan kepada pihak KWAP dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kematian pesara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan mengurus jenazah pesara kerajaan.

KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat tuntutan bantuan:

  • Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah
  • Kes kematian sebelum tarikh kuatkuasa 12 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini
  • Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Pesara Kerajaan yang meninggal dunia dalam persaraan.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses

PEMBAYARAN BANTUAN

Bayaran sekali bayar sebanyak RM3,000 akan dibayar kepada waris yang menguruskan jenazah Pesara Kerajaan. Cara pembayaran adalah seperti berikut:

  • Bayaran diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Persaraan
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan muka surat hadapan buku akaun/ penyata/ surat pengesahan bank pemohon:
  • Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan pemohon:

CARA MEMOHON

Mohon dengan segera apabila berlaku kematian pesara. Permohonan perlu menggunakan borang format baharu yang boleh didapati di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)

Hantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat berikut:

  • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2,
    MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 03 9997 9777 atau emel ke mypesara@kwap.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma